Mejar Dato’ Haji Mohd. Said Haji Sulaimanadalah seorang pengarang buku tersohor di Johor. Beliau juga adalah seorang tokoh ilmuan yang berkaliber, khusunya dam memperlihatkan keistimewaan dan keunikan cara berpakaian orang Melayu zaman silam.
Semasa hayatnya, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said Haji Sulaiman (1876 – 1955) sering kali memupuk minat yang tinggi dalam dunia penulisan dan banyak menghasilkan pelbagai jenis rencana. Atas kegigihannya juga beliau berterusan menulis sehingga berjaya melahirkan lebih daripada 88 buah buku dalam pebagai tema.
Pakai Patut Melayu yang asalnya diterbitkan dalam tulisan jawi pada 1931M/1349H, bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu, kini diterbitkan semula secara bersama dengan versi Rumi. Karya ini sedikit sebanyak menyumbang dalam membina korpus ilmiah serta megembalikan semula kegemilangan penulis dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang yang suatu ketika dahulu amat disegani ketokohannya sebagai seorang pengkarya dan pentadbir di Johor.
Jasa-jasa beliau amat berpengetahuan luas, tetap dikenang dan disanjung oleh kerajaan Johor. Beliau telah dianugerahi bintang kebesaran, antaranya Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) dan Darjah Kerabat Johor (DK), iaitu suatu anugerah penghormatan tertinggi daripada D.Y.M.M. Sultan Ibrahim. Di samping itu, beliau juga menyandang pangkat Mejar kerana penglibatannya dalam Johor Military Force.