Hikayat Cinderella

  1. home
  2. Books
  3. Hikayat Cinderella

Hikayat Cinderella

3.99 86 6
Share:

Joey tak pernah kenal siapa ibu yang melahirkannya, atau bapa yang dia sandarkan binnya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim, diasuh seorang nyonya...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Joey tak pernah kenal siapa ibu yang melahirkannya, atau bapa yang dia sandarkan binnya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim, diasuh seorang nyonya Melaka yang dianggapnya bagaikan ibu sendiri. Sehinggalah dia pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan hiduplah dia di rantauan untuk mengubah nasibnya sendiri.
Zaza dibesarkan nenek, setelah dia melarikan diri daripada ibu kandung dan bapa tirinya. menjadikan pelajaran sebagai prinsip hidup, juga untuk mengubah nasibnya yang serba kekurangan. Hikayat ini adalah sorotan sebuah kehidupan yang memilukan! Kisah menyayat yang menyentuh jiwa. Sebuah kisah pilu bagaimana dua insan ini bertemu di dalam satu kancah yang tidak pernah diduga. Walaupun masing-masing telah mempunyai pilihan hati sendiri. . . tetapi takdir menemukan mereka di dalam lautan kasih sayang yang penuh gelora. Di sini. . . selamilah sebuah erti cinta yang suci, yang mereka ciptakan dari dua keping hati yang lara, yang bukan dilandasi nafsu, atau kecurangan. Namun, siapa yang mampu percaya kalau masing-masing sudah punyai pasangan sendiri. Tidakkah itu kecurangan namanya? Sampai bilakah kemelut ini akan berakhir? Lalu menyatukan dua insan ini? Ataupun, mereka terpaksa berpisah, di atas nama takdir kehidupan?
Layari hikayat ini. . . di dalam kisah seribu seratus halaman. . . yang pastinya akan membawa sesiapa saja yang membacanya ke satu titik kesedaran, bahawa hidup ini tiada jawapannya. . . yang indah bisa jadi gundah, yang lar mungkin jadi ceria. . .

  • Format:Paperback
  • Pages:1166 pages
  • Publication:2007
  • Publisher:Roket Kertas Sdn Bhd
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9833642063
  • ISBN13:9789833642069
  • kindle Asin:9833642063

About Author

Ahadiat Akashah

Ahadiat Akashah

3.89 2821 162
View All Books