Suami Klon

  1. home
  2. Books
  3. Suami Klon

Suami Klon

3.67 6 2
Share:

Arrian Ashraf dan Arrian Ammar adalah pasangan kembar seiras. Bertemu semula selepas hampir 23 tahun berpisah. Perwatakan yang berbeza. Ammar jenis...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Arrian Ashraf dan Arrian Ammar adalah pasangan kembar seiras. Bertemu semula selepas hampir 23 tahun berpisah. Perwatakan yang berbeza. Ammar jenis selamba, manakala Ashraf bersikap lebih matang dan serius.

Cuma bila masuk bab bercinta, Ashraf memang tak reti. Sudahnya digunakan Ammar untuk menyamar sebagai dirinya sepanjang proses memikat hati Hanin Afya. Malangnya saat rahsia Ashraf terbongkar, terpaksalah Ashraf berdepan dengan rajuk seorang isteri.

Dulu aku dah suruh kau tackle sendiri. Kau gunakan aku juga sebagai orang tengah. Mentang-mentanglah muka kita sama. Sekarang.. apa dah jadi? - Arrian Ammar

Ashraf ketap bibir. Menyesal pun sudah tiada gunanya. Hati Afya sedang mendidih. Ini kalau Tok Kamil tahu, memang dia digulaikan hidup-hidup.

Aku cuma pinjam kau untuk jadi klon aku. Bukan klon hati aku. Hati aku pada dia memang tak menipu, Am. - Arrian Ashraf

Fya benci awak! - Afya

Fya.. janganlah cakap sesuatu yang lukakan hati suami. Berdosa, sayang. - Arrian Ashraf

Habis, hati saya yang terluka siapa nak tanggung? Siapa nak rawat? - Afya

Orang lain yang pikat Afya, orang lain rupanya yang Afya kahwini. Penangan encik suami tu punya pasangan kembar seiras dan tak reti nak pikat perempuan. Bila dah kantoi, ingat senang ke si isteri nak maafkan?

  • Format:ebook
  • Pages:113 pages
  • Publication:2023
  • Publisher:
  • Edition:Zine
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DVF4WP43

About Author

Hana Efriena

Hana Efriena

3.75 1378 233
View All Books