Ms. Avocado, I Love You

  1. home
  2. Books
  3. Ms. Avocado, I Love You

Ms. Avocado, I Love You

3.67 3 3
Share:

Azrai dan Suliana Rose pernah bersekolah di sekolah yang sama berbelas tahun dahulu. Suliana pernah meluah perasaannya pada Azrai malangnya lelaki...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Azrai dan Suliana Rose pernah bersekolah di sekolah yang sama berbelas tahun dahulu. Suliana pernah meluah perasaannya pada Azrai malangnya lelaki itu menolak. Dia sudah punya kekasih hati yang berusia 8 tahun lebih tua darinya, Kesuma.

Selepas tamat sekolah menengah, mereka terpisah membawa haluan masing-masing sebelum kembali bertemu dengan situasi yang jauh berbeza. Azrai sudah berpisah dengan Kesuma dan Suliana kini penghidap kanser payudara tahap empat.

Suliana pernah bertunang dengan Hyder sebelum lelaki itu memutuskan ikatan pertunangan mereka. Ibu dan bapa Suliana meninggal dunia dua tahun lalu kerana covid. Tinggallah Suliana bersama saudara kembarnya Suhail Iman meneruskan kehidupan. Hubungan Suhail dan Suliana sewaktu kecil dan remaja agak tidak baik walaupun mereka adalah saudara kembar. Walaubagaimanapun, Suhail bertukar menjadi sangat protective pada Suliana selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia dan Suliana menghidap kanser dan kedua-dua payudaranya dibuang.

Begitu takdir Tuhan, Azrai dan Suliana kembali bertemu di tempat kerja yang sama. Cinta lama kembali bertaut. Tanpa Kesuma, Azrai melihat Suliana bukan lagi Suliana yang pernah ditolak cintanya berbelas tahun dahulu walaupun Suliana melihat Azrai masih sama seperti Azrai yang dia kenal pada zaman persekolahannya.

  • Format:ebook
  • Pages:279 pages
  • Publication:2023
  • Publisher:Honeymontale Publication.
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9671634052
  • ISBN13:9789671634059
  • kindle Asin:9671634052

About Author

Hananee Amir

Hananee Amir

3.87 164 66
View All Books