Janji Cinta Sufi

  1. home
  2. Books
  3. Janji Cinta Sufi

Janji Cinta Sufi

3.67 3 0
Share:

Kerajaan Arum hanya boleh diperintah oleh seorang ratu. Setiap ratu yang bertakhta hanya akan melahirkan seorang ratu juga. Jika lahir seorang...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Kerajaan Arum hanya boleh diperintah oleh seorang ratu. Setiap ratu yang bertakhta hanya akan melahirkan seorang ratu juga. Jika lahir seorang putera, itu tanda kehancuran sudah tiba. Darah akan membasahi tanah Arum. Putera akan terlahir dengan kuasa membunuh dan membinasakan.

PUTERA SUFI dilahirkan dengan kuasa membunuh. Kerana itu dia di tolak oleh rakyatnya sendiri sebagai bakal pemerintah. Namun bondanya RATU MALAIKA tetap akan menabalkan dirinya sebagai Putera Mahkota Kerajaan Arum. Bukan hanya ditolak rakyatnya sendiri, pamannya sendiri BAGINDA AGUS cuba membunuhnya kerana sebuah takhta.

Kerana sumpahan itu juga tiada siapa berani mendekati PUTERA SUFI. Digelar sebagai raksasa pembunuh oleh rakyatnya sendiri. Dia tidak punya kawan melainkan penjaganya yang berlima, keturunan berdarah putih yang juga mempunyai kuasa.

Senandika akan mengenal sahmura. Hanya kau yang akan mengenal dia yang bakal melenyapkan sumpah itu.

“Nama kau siapa? Dari mana asalmu?” – PUTERA SUFI

“Hamba bernama Cahaya Cinta. Seorang abdi.” – CINTA

Kemunculan CINTA adalah sesuatu yang aneh. Gadis itu hanyalah seorang hamba abdi. Tiada abdi yang mampu menahan kuasa racun membunuhnya. Kehadiran gadis itu membuat PUTERA SUFI terasa dirinya seperti manusia biasa bukan lagi raksasa pembunuh.

“Janji kepadaku Cinta. Janji yang kau akan membantu aku melawan sumpahan beracun ini. Hanya kau seorang saja yang mampu menghindar dari racun bisa ku ini. Bunuh aku jika aku tidak mampu mengawal kuasaku sendiri.” – PUTERA SUFI

Pabila sampai masanya, dapatkan CINTA menunaikan janji kepada PUTERA SUFI? Sanggupkah dia menamatkan riwayat putera itu? Adakah CINTA benar-benar gadis yang bakal melenyapkan sumpahan PUTERA SUFI? Siapakah CINTA yang sebenarnya?

  • Format:Paperback
  • Pages: pages
  • Publication:2021
  • Publisher:Karya Cipta
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9671780997
  • ISBN13:9789671780992
  • kindle Asin:9671780997

About Author

Aein Dhiyauddin

Aein Dhiyauddin

4.08 1403 354
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All