Penunggu Lubuk

  1. home
  2. Books
  3. Penunggu Lubuk

Penunggu Lubuk

4.33 3 1
Share:

SINOPSIS : BELENGGU - AFFIEYZA ISAHAKMawarni, anak kepada pasangan Darus dan juga Manis. Dia anak kesayangan dalam keluarga. Suatu hari, ketika dia...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

SINOPSIS : BELENGGU - AFFIEYZA ISAHAK

Mawarni, anak kepada pasangan Darus dan juga Manis. Dia anak kesayangan dalam keluarga. Suatu hari, ketika dia bersama abangnya Abey Luqman mengikut ayah mereka pergi mengail ikan ketutu, berlaku satu peristiwa yang merubah kehidupan mereka. Mawarni yang latah orangnya telah terjatuh ke sungai dan dibawa arus menghilang ke pusaran air di Lubuk Sireh. Dia yang dikejutkan oleh abangnya ketika sedang menjamah kuih dangai hasil air tangan si ibu telah melatah lalu terjatuh ke sungai tanpa sempat abangnya menarik tangannya.
Si ayah yang sedang menanti umpan diragut ikan ketutu di lubuk berhampiran, tergamam dengan kejadian yang terlalu pantas itu. Dia tidak sanggup untuk kehilangan anak gadisnya kerana tidak mahu isterinya menjadi tidak siuman apatah lagi dahulu anaknya itu pernah hilang akibat disorok puaka yang mendiami Lubuk Sireh. Keadaan isterinya ketika itu amat menyedihkan.
Abey Luqman tidak berjaya menemui adiknya, Mawarni di pusaran air. Silap hari bulan, dia sendiri boleh lemas. Dia memberi cadangan untuk meminta bantuan orang kampung dan meminta ayahnya menunggu di daratan.
Sepeninggalan anaknya, Darus didatangi puaka Lubuk Sireh yang membawa jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa. Puaka itu mahukan habuan sebagai galang ganti. Dalam kekalutan, Darus buntu dan dia telah membuat satu kesilapan besar dalam hidupnya. Demi isteri, perjanjian dimeterai. Anaknya Mawarni kembali ‘hidup’! Darus terpaksa!
Abey Luqman yang baru tiba di rumah untuk memberitahu ibunya akan apa yang telah berlaku telah dikejutkan dengan kepulangan ayahnya. Lebih memeranjatkan apabila adiknya turut ada namun masih tidak sedarkan diri. Mustahil bagi sesiapa yang terjatuh ke dalam pusaran air itu dapat hidup semula. Sudah banyak nyawa yang terkorban dek puaka yang menghuni sungai di Lubuk Sireh dan kemunculan Mawarni yang mash hidup amatlah mengejutkan.
Meskipun begitu, Abey Luqman dapat menarik nafas lega walaupun dia tahu pasti sudah berlaku sesuatu di sungai tadi tanpa pengetahuannya. Hari demi hari tingkah adiknya sangat berlainan sifatnya, bertambah yakin lagi apabila adiknya sudah tidak melatah. Demi mencari habuan, Darus terpaksa berterus terang pada anaknya. Abey Luqman terduduk dan mula berasa seram setiap kali bertembung dengan adiknya kerana dia tahu, itu bukanlah adiknya tetapi jelmaan daripada puaka Lubuk Sireh!
Tiga sahabat, Shahrul, Helmi dan Alfian telah menjejaki lubuk ikan ketutu dengan bantuan Abey. Cara Abey mengumpan ikan sejenis pemangsa itu amatlah mengagumkan meskipun ada yang berasa sangsi.
Kembali dari Lubuk Sireh, pelbagai perkara telah berlaku termasuklah Shahrul yang tubuhnya sakit akibat kayap. Melalui bantuan Abey, sekali lagi mereka kembali ke sana tetapi kali ini untuk mengubati Shahrul. Pinta Darus, Shahrul perlu ditinggalkan di sana selama tiga hari bagi tujuan perubatan.
Mengenangkan di rumah Darus ada seorang gadis manis bernama Mawarni, Alfian tidak senang duduk apabila mula memasang angan kerana hanya dia yang belum berumah tangga.
Alfian kembali ke Lubuk Sireh selepas mendapat tahu Helmi ke sana seorang diri bagi menjemput Shahrul. Menurut Dharia, suaminya Helmi, tidak pulang-pulang setelah ke sana. Alfian ke sana dan membawa dua sahabatnya pulang tetapi bukan Shahrul dan Helmi yang Alfian bawa pulang tetapi puaka Lubuk Sireh.
Sejak itu, perkara pelik mula berlaku dalam keluarga Shahrul dan juga Helmi. Kandungan Dharia hilang, ibunya pula menghembuskan nafas gara-gara puaka itu. Alfian pula tiba-tiba jatuh sakit dan hanya seseorang yang terlintas dalam fikirannya untuk dia meminta bantuan, Darus.
Alfian kembali ke sana seorang diri dan sebelum masuk ke dalam hutan, dia bertemu dengan seorang lelaki misteri yang bernama Aafi Fahryan yang digelar ustaz rock di sebabkan penampilan diri lelaki itu. Dalam perjalanan, ada seekor burung yang menemaninya.
Ketika hampir tiba di perkarangan rumah Darus, Alfian terkejut apabila mendapati Shahrul dan Helmi ada di sana namun sesuatu telah berlaku dan dia tidak sedarkan diri. Apabila sedar saja, dia sudah berada di rumah lelaki misteri itu. Dengan bantuan Aafi, Alfian dapat menyelamatkan kembali sahabat-sahabatnya yang tertinggal di sana.

SINOPSIS : LUBUK BUSUT - HAFIZUDDIN GHAZALI

Munirah anak kepada seorang bomoh kampung iaitu Mak Anjang. Seluruh penduduk kampung mengenali Mak Anjang yang boleh mengubat pelbagai penyakit. Dari itu, Mak Anjang membantu Munirah untuk mendapatkan Rahman yang baru balik dari laut. Ketika itu, Rahman merupakan kekasih kepada kawan baik Munirah, Norsiah. Usai saja mendapatkan Rahman, Mak Anjang pula meninggal dunia. Segala ilmu yang diberikan oleh Mak Anjang melalui kitab hitam perlu Munirah amalkan supaya hidupnya tidak diganggu.
Tapi Munirah tidak mahu mengamalkan ajaran sesat itu. Dia meminta Imam Matzin untuk membantunya membuangkan kesemua saka peliharaan Mak Anjang. Imam Matzin bersetuju untuk membantu Munirah, tapi dengan syarat. Apabila Imam Matzin berjaya m...

  • Format:Paperback
  • Pages: pages
  • Publication:2022
  • Publisher:Karya Publika
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9672394322
  • ISBN13:9789672394327
  • kindle Asin:9672394322

About Author

Affieyza Isahak

Affieyza Isahak

4.43 51 17
View All Books