Dunia Tak Lagi Sunyi

  1. home
  2. Books
  3. Dunia Tak Lagi Sunyi

Dunia Tak Lagi Sunyi

3.00 1 1
Share:

BLURB DUNIA TAK LAGI SUNYI Adra Ain, cacat pendengaran sejak kecil. Bergantung kepada hearing aid sebagai alat bantu mendengar, dia tabah menongkah...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

BLURB DUNIA TAK LAGI SUNYI

Adra Ain, cacat pendengaran sejak kecil. Bergantung kepada hearing aid sebagai alat bantu mendengar, dia tabah menongkah arus kehidupan sebagai seorang penulis skrip drama dan filem. Bertemu Dani Haiqal, seorang pelakon drama, dia terus jatuh cinta. Bila Dani mahu masuk meminang, dia terus kata ya.

Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Usia perkahwinan belum sampai setahun, dia sudah diuji. Menangkap kecurangan Dani dengan Qistina Alisya, seorang artis baru nak up, hatinya bagai ditusuk duri.

“Habis shooting nanti kita ke KLCC ya, sayang. I nak cari dress. After that, kita balik rumah I.” - Qistina.

“Tak payah cakap kat sini. I takut dia dengar….” - Dani

“Si pekak ni tak dengarlah. Kan I dah cakap tadi, I dah test dia. Yang you takut sangat ni, kenapa?” - Qistina

Sejak itu, Adra mulakan langkah yang sepatutnya dia ambil. Jadi penyiasat tak bertauliah, satu demi satu perangai busuk Dani dibongkar. Baru dia tahu selama ini Dani main ‘kayu empat’ di belakangnya. Skandal Dani bukan seorang tapi dua. Yang seorang lagi itu dia memang betul-betul tak sangka!

“Apa yang patut saya buat sekarang, Khalif?”

“Buatlah apa saja yang difikirkan terbaik untuk diri awak, Ada. Saya menyokong dari belakang. Kalau awak perlukan pertolongan, call je saya. Mana yang boleh saya tolong, saya akan tolong.” - Khalif

Mujur Adra ada Khalif, sahabat baik yang sentiasa memahami. Berbekalkan nasihat Khalif, dia mula atur strategi. Menyingkirkan suami toksik macam Dani, bukan satu langkah mudah. Bersyukur dia ada Khalif yang sentiasa jadi bodyguard ketika Dani cuba atur langkah mahu membalas dendam.

Mampukah Adra lepaskan diri daripada Dani? Adakah jodoh Adra dan Khalif di penghujung nanti?

  • Format:ebook
  • Pages:323 pages
  • Publication:2024
  • Publisher:
  • Edition:
  • Language:
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DVFC2GHT

About Author

Nureen Mirza

Nureen Mirza

3.99 1037 122
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All