Sweet Puzzle

  1. home
  2. Books
  3. Sweet Puzzle

Sweet Puzzle

3.50 2 2
Share:

Perkenalan Erynn dan Klara berlaku secara tidak sengaja sehingga membawa mereka ke percutian di Pulau Pangkor. Erynn yang melarikan diri daripada...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Perkenalan Erynn dan Klara berlaku secara tidak sengaja sehingga membawa mereka ke percutian di Pulau Pangkor. Erynn yang melarikan diri daripada perkahwinannya dan Klara yang menyembunyikan diri selepas menjahanamkan busana seorang pereka terkenal.
Percutian yang diharapkan memberi ketenangan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila angin pusar menyerang dan letupan bom terjadi secara tiba-tiba. Erynn dan Klara terpisah. Apabila Klara tersedar, dirinya sudah berada di rumah seorang lelaki bernama Aerick. Manakala Erynn tersedar bersama Alex di sisi.

ERYNN DAN ALEX

Erynn tersedar bersama Alex di sisi. Tak sampai beberapa minit, satu letupan bom meletus lagi dan Alex membawanya bersama-bersama terjun dari tebing ke dalam laut. Erynn keliru bila Alex yang selama ini sedaya upaya meyakinkannya untuk menolak rancangan perjodohan mereka, tiba-tiba-tiba memaksanya untuk masuk ke alam perkahwinan. Kata Alex, semuanya kerana dendam, ibunya meninggal selepas tahu Erynn melarikan diri. Namun, dendamkah jika lelaki itu terlalu menjaganya?

"Ini darah, Alex!" - Erynn

"Darah atau apa saja, lupakan."

KLARA DAN AERICK

Dia fikir, dia hanya bermimpi tentang seorang lelaki menyelamatkannya. Ternyata semuanya memang benar-benar terjadi. Sedar dari kejadian itu, Klara bertemu Aerick, lelaki berkerusi roda yang mempunyai wajah kacukan Inggeris. Anehnya, kata Aerick, Klara yang menyelamatkannya sedangkan dalam ingatan Klara, apa yang terjadi sangat berbeza. Dalam ingatannya, Aerick bukan hanya menyelamatkannya malah saat mereka bertatapan, anak mata lelaki itu bertukar menjadi merah delima.

"Klara... tak kira dia mati atau hidup, Aerick akan lihat dengan mata sendiri. Klara seperti sebuah eksperimen. Aerick dah bersedia jika eksperimen itu berakhir dengan kegagalan." - Aerick.

Mendengar bicara Aerick secara tidak sengaja membuatkan Klara terbungkam. Dia? Mati?

Erynn dan Klara tidak tahu yang mana benar, yang mana tidak. Hidup mereka terasa bagaikan dimanipulasi tanpa sedar.

  • Format:Paperback
  • Pages:436 pages
  • Publication:2022
  • Publisher:
  • Edition:
  • Language:
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0FSK3ZYNN

About Author

Ieya Sya

Ieya Sya

4.25 1398 456
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All