Wilayah Ekaterina (Kumpulan Cerpen)

  1. home
  2. Books
  3. Wilayah Ekaterina (Kumpulan Cerpen)

Wilayah Ekaterina (Kumpulan Cerpen)

4.00 9 6
Share:

Wilayah Ekaterina merupakan percubaan pertama penulisnya mengumpulkan 10 buah karya yang digarap dari sisi pandang sastera kota - iaitu mengambil...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Wilayah Ekaterina merupakan percubaan pertama penulisnya mengumpulkan 10 buah karya yang digarap dari sisi pandang sastera kota - iaitu mengambil latar permasalahan yang bergerak dalam pemikiran generasi anak muda yang membesar dalam kepesatan urbanisasi yang menggaulkan realiti dan non-realiti sebagai wacana hibriditi mereka.

Melalui sisi imaginatif yang menarik, watak-watak unik dimunculkan dalam setiap cerpen mewakili 'nilai' yang ingin disampaikan. Memanfaatkan unsur psikologi yang mudah tetapi bermakna, cerpen-cerpen di dalam naskhah ini merungkaikan gelodak jiwa penulisnya sendiri di samping memasuki pergolakan dunia bawah sedar.

Dengan menggunakan bahasa yang komunikatif sifatnya, juga pengolahan pemikiran yang segar dalam ruang kehidupan hari ini, penulis memberikan kesan dan pemahaman yang berbeza kepada pembaca. Ternyata, percubaan Wilayah Ekaterina tidak sia-sia. #Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi 019-2219015 (Cik Norhasydah; Pegawai jualan ITBM). Untuk pembelian secara online; (http://www.itbm.com.my/shop/book/1156)

  • Format:Paperback
  • Pages:142 pages
  • Publication:2015
  • Publisher:ITBM & PENA
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DM1RL13K

About Author

Mozaza@Mohammad Zakri Zakaria

Mozaza@Mohammad Zakri Zakaria

3.33 133 41
View All Books