Fallen Hearts

  1. home
  2. Books
  3. Fallen Hearts

Fallen Hearts

4.92 12 6
Share:

Dalam kemeriahan pasar seni Senandika yang menyimpan seribu cerita tanpa suara, di situlah dua hati yang penuh luka bertemu. Deelaira, yang terputus...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Dalam kemeriahan pasar seni Senandika yang menyimpan seribu cerita tanpa suara, di situlah dua hati yang penuh luka bertemu. Deelaira, yang terputus kasih dari keluarga sendiri, dan Jaslee, pelukis jalanan yang dapat melihat lebih daripada dunia nyata.

Bersama Jaslee, Deelaira seakan lupa luka yang pernah ada.

"Kau apahal sengih lebar macam tu?" - Jaslee

I love it. Saya suka bila awak membebel panjang. Cute.”- Deelaira

Dalam kemeriahan yang sama, ada juga jiwa-jiwa yang berkeliaran meratap mencari diri.

"Saya Min. Saya betul-berul nak minta tolong awak. Tolong jumpa keluarga saya..." - Min

"Aku tak boleh tolong kau. Hidup aku sendiri pun tunggang-langgang. Jadi, kau cari orang lain je." - Jaslee

Merindukan keluarga besar yang dia tak pernah ada, Deelaira setuju untuk tinggal ersama Dato’ Rohaya, bekas isteri papanya. Kesunyian yang selama ini menguasa hidupnya sedikit terubat. Namun dia terlupa, setiap kebahagiaan datang bersama harga yang perlu dibayar. Makin lama di Vila Bonda, Deelaira tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Kita dah tahu yang keluarga tu ada kena mengena dengan kehilangan Min. Jadi apa-apa pun kau kena hati-hati.”- Jaslee

"Sayang juga ya awak pada saya." - Deelaira

"Berangan." - Jaslee

Tanpa Deelaira sedar, keputusannya untuk terap di Vila Bonda membawa kepada rahsia yang lebih besar. Antara dia dan Min, ada sesuatu yang mengikat dan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan itulah yang membuatkan dia hampir kehilangan nyawa.

"Untung juga semua ni jadi, kan? Akhirnya awak cakap juga yang awak suka saya." - Deelaira

"Kenapa? Kau tak nak dengar aku cakap, aku suka kau?" - Jaslee

*Jazz, you can’t take it back, okay? Awak dah cakap awak suka saya. Jadi, mulai malam ni, awak officially milik saya." - Deelaira

Setiap kehilangan yang pernah dia tangisi, setiap ujian yang pernah dia hadapi, itu rupanya ruang yang DIA kosongkan untuk sesuatu yang lebih indah. Namun, adakah semuanya sudah berakhir?

Atau ada kisah yang baru sahaja bermula?

  • Format:Paperback
  • Pages:424 pages
  • Publication:2025
  • Publisher:Rinsya Chasiani Publication
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9672813813
  • ISBN13:9789672813811
  • kindle Asin:9672813813

About Author

Illa Shanahila

Illa Shanahila

4.04 1120 360
View All Books