Bunga untuk Chempaka
“Kau masih bencikan aku ke, Chem?” – Nuqman“Bila masa pula aku benci dekat kau?” – ChempakaSekeping nota kuning yang diterima oleh Nuqman...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
“Kau masih bencikan aku ke, Chem?” – Nuqman
“Bila masa pula aku benci dekat kau?” – Chempaka
Sekeping nota kuning yang diterima oleh Nuqman dan setelah curi-curi membaca diari Chempaka; membuatkan mereka bertukar menjadi orang asing. Selepas 10 tahun, siapa sangka mereka bertemu di lapangan ski dengan insiden yang tidak terduga.
“Still the same Chem yang suka warna kuning dan Pikachu, huh?” – Nuqman
“And, still the same Nuqman yang suka annoy orang, huh?” – Chempaka
Namun... kisah terserempak dengan Nuqman itu tidak segera tamat setakat di Tokyo.
“Kenapa kau minta transfer ke KL sedangkan kau sesuai bermastautin selamanya di Jepun?” –Chempaka
“Aku nak dekat dengan kau.” – Nuqman
Maka, muncullah masalah hati bagi Chempaka kerana Nuqman itu memang menjengkelkan. Tetapi, pada masa yang sama Nuqman membuatkan hati dia berbunga-bunga.
Bagi Nuqman, rasa hatinya terhadap Chempaka tidak pernah berubah. Bertemu semula dengan Chempaka membuatkan dia mahu menjadi bunga untuk Chempaka.
“If I said I never once thought about you in my life, that would be a lie.” – Nuqman
Nuqman dan Chempaka menyimpan rahsia mereka tersendiri. Mungkinkah, kisah mereka akan menjadi seperti musim bunga yang sangat indah?
***
Bunga untuk Chempaka melengkapkan trilogi cerita tiga sekawan – Han, Kid, Nuqman ciptaan Yumi Hyra. Penulis menambah rasa manis pada kisah-kisah yang telah sedia manis! – Noor Suraya, Editor
- Format:Paperback
- Pages:364 pages
- Publication:2026
- Publisher:Manes Wordworks
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:6297782156
- ISBN13:9786297782157
- kindle Asin:









