Penunggu Pulau Salik

  1. home
  2. Books
  3. Penunggu Pulau Salik

Penunggu Pulau Salik

4.43 7 2
Share:

“Iman, kau tak rasa ke pulau ni lain macam? Semua tempat ada hiasan kepala kambing. Masjid pulak usang macam dah lama tak ada orang guna. Matahari...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

“Iman, kau tak rasa ke pulau ni lain macam? Semua tempat ada hiasan kepala kambing. Masjid pulak usang macam dah lama tak ada orang guna. Matahari pulau ni pun… kelam semacam.”

Bagi staf Zoo Kuala Lumpur, percutian mereka ke Pulau Salik hanyalah sekadar untuk merehatkan minda setelah penat menjaga beruang, flamingo, gajah dan kuda belang. Siapa sangka, penduduk pulau itu ada rancangan gelap buat mereka berlima.

“Babaghori Babaghori!

Datang dari Varanasi!

Dicerca dihalau pengikut sendiri!

Datang ke sini membantu kami!”

Di sebuah perigi buruk di tengah Pulau Salik, sekalian penduduk kampung menghabiskan malam mereka memuja seekor saka bertanduk dua: Sang Babaghori nan perkasa, yang selama ini melindungi pulau itu dari bencana.

Namun tiga ratus tahun telah berlalu. Babaghori sudah tidak mahu kekal di periginya. Ia mahukan pengganti. Dan nasib lima sekawan bernama Iman, Dayana, Bobby, Erni dan Josh dari Zoo Kuala Lumpur itu bakal porak peranda kerananya.

Penunggu Pulau Salik merupakan sebuah kisah seram. Sebuah kisah tentang korban dan pemujaan. Namun ia juga sebuah kisah cinta, persahabatan, trauma silam, dan pentingnya sebuah keikhlasan.

  • Format:Paperback
  • Pages:271 pages
  • Publication:2025
  • Publisher:Mahakarya
  • Edition:
  • Language:
  • ISBN10:6297870349
  • ISBN13:9786297870342
  • kindle Asin:

About Author

Ilham Mazalan

Ilham Mazalan

4.25 678 262
View All Books