Hanya Ingin Kamu

  1. home
  2. Books
  3. Hanya Ingin Kamu

Hanya Ingin Kamu

4.32 120 30
Share:

Tiga tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Tiga tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi…

“Ada apa dengan kita?” – Adam Haidar

Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan?

“Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?” – Nurul Aileen

Aileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Tidak cukup dengan itu, Aileen perlu hadap kebencian ibu bapanya terhadap Adam. Dosa silam seseorang mampu menggugah hubungan Aileen dan Adam. Kewujudan Zayyan turut menyukarkan lagi keadaan.

“Kadang-kadang melepaskan jauh lebih baik daripada bertahan. Lepaskan Adam, Leen. Lupakan dia,” – Zayyan

Benarkah kesakitan Aileen bisa hilang selepas dia melepaskan Adam? Adakah sememangnya dia dan Adam tidak ditakdirkan bersama?

  • Format:Paperback
  • Pages:568 pages
  • Publication:2020
  • Publisher:Suara Hati
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9672300255
  • ISBN13:9789672300250
  • kindle Asin:9672300255

About Author

Syu Ariani

Syu Ariani

4.39 2651 590
View All Books