Karya Terakhir

  1. home
  2. Books
  3. Karya Terakhir

Karya Terakhir

4.57 37 13
Share:

Saya tersenyum sendirian melihat foto terakam di KPJ Selangor setelah dua hari bersama mereka. Subhanallah, begitu pantas fizikal saya bertukar...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Saya tersenyum sendirian melihat foto terakam di KPJ Selangor setelah dua hari bersama mereka. Subhanallah, begitu pantas fizikal saya bertukar daripada berisi menjadi kurus kering. Itulah kesan daripada air dikeluarkan dari badan bagi mengurangkan risiko air memasuki paru-paru. Banyak lagi kesan sampingan lain yang perlu dijaga apabila buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kemudian, saya melihat foto yang diambil beberapa tahun lepas ketika tubuh sihat sejahtera. Perbezaannya sangat ketara. Tubuh sakit wajah kelihatan lemah sekali. Tubuh sihat wajah tersenyum girang. Namun kedua-duanya perlu disyukuri kerana ia mengandungi seribu makna yang perlu ditafsir dengan mata hati.

KARYA TERAKHIR.

Membicarakan usia berbaki yang semakin suntuk. Ia satu ingatan untuk difikirkan sama ada ketika sihat atau sakit. Alasannya mudah, kematian muncul tanpa diduga. Tidak lambat dan cepat sesaat. Beringatlah, agar kaki dapat melangkah masuk ke jannah bersama orang tersayang.

Ingat... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati!

  • Format:Paperback
  • Pages:299 pages
  • Publication:2022
  • Publisher:Galeri Ilmu
  • Edition:Cetakan Pertama
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DM4D3NXX

About Author

Muhd. Kamil Ibrahim

Muhd. Kamil Ibrahim

4.41 1668 251
View All Books