Pergilah Sepi
sinopsis belakang buku:Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiqdalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
sinopsis belakang buku:
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq
dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila
terjadinya peristiwa yang mengaibkan.
Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima
begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,
bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.
Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya.
Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati,
Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat
hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.
Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh
dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di
hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya?
Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah
sangka?
PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di
hati, kesepian terus berlalu pergi.
RM 12.00
368 muka surat
- Format:Paperback
- Pages: pages
- Publication:2001
- Publisher:Alaf 21 Sdn. Bhd
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:
- ISBN13:
- kindle Asin:B0DLT9GXBP






