Hanom Taib

  1. home
  2. Author
  3. Hanom Taib
Hanom Taib

5 Published BooksHanom Taib

Nor Hanom Md Taib @ Hanom Taib @ Wildan Nour merupakan anak jati negeri Johor yang dilahirkan pada 4 Disember 1976. Lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir (1997-2000) dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Menghasilkan cerpen dan sajak yang tersiar dalam majalah-majalah seperti Anis, Pa&Ma, Berita Minggu serta Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan tidak ketinggalan juga memenangi beberapa pertandingan penulisan seperti Cerpen Saat Bintang Berkerdip Naib Johan Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang 2010, Cerpen Surat Budak Hitam Ketiga Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak untuk Bacaan Murid Sekolah Rendah dan Menengah Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang 2011 dan Cerpen Kembalikan Aku Finalis Sayembara Cerpen Anis 2012/2013.

Berpayung di bawah Persatuan Penulis Johor (PPJ) telah memberikan beliau banyak peluang dan ruang dalam bidang penulisan hingga berjaya menghasilkan beberapa buku penulisan bersama PPJ (Antologi puisi Suara 1 Malaysia) dan JPNJ (Panel penulis kumpulan tazkirah Gempaknya Ramadan-2013 dan panduan remaja, Remaja Osem-2015). Penglibatan dalam Program Pengkarya Guru 2012 dan 2014 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia selain mendapat bimbingan berkarya anjuran DBP Wilayah Selatan dan BPI KPM, menjadi pemangkin untuk beliau terus berkarya berkongsi ilmu melalui penulisan.