1. Beliau dilahirkan pada 3 September, 1970 di Selama, Perak Darul Ridzuan.
2. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun, Triang, Pahang.
3. Setelah tamat pendidikan menengah, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seterusnya memperoleh sijil perguruan asas pada tahun 1996.
4. Beliau kini berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, Bera, Pahang Darul Makmur.
5. Beliau berpengalaman menjadi pendidik di sekolah menengah kebangsaan. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama seperti watak Farhana dalam novel Melunas Rindu. Beliau juga merupakan insan yang bersifat "easy going" saling tak tumpah seperti Farhana.
6. Selain novel Melunas Rindu, karya lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Fatin Nabila (1991), Sesudah Mendung Berlalu (1992), Pia(1998), dan Merentas Kabus (2002).
7. Novel Fatin Nabila telah menerima hadiah sagu hati kategori Novel Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.
8. Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997.
9. Novel Melunas Rindu pula memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan-Public Bank bagi kategori Novel Remaja pada tahun 1998.
10. Cerpen beliau yang berjudul Sesudah Mendung Berlalu pula telah memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991.




