Ada Apa Dengan Lakeside
Dikelilingi orang-orang yang toksik, Mya tekad untuk berhenti kerja, namun kerana dia merupakan pekerja yang cemerlang serta anak emas syarikat,...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Dikelilingi orang-orang yang toksik, Mya tekad untuk berhenti kerja, namun kerana dia merupakan pekerja yang cemerlang serta anak emas syarikat, hasrat itu ditegah oleh majikannya. Mya akhirnya membuat keputusan untuk bertukar ke cawangan lain.
“Branch mana yang sales paling teruk?” - Mya
Berpindah ke Lakeside merupakan satu cabaran baru buat Mya. Kehadirannya tidak disukai seseorang apabila dia kerap kali menerima nota ugutan.
Pergi atau mati!
Dengan bantuan Zafril, Mya cuba menyiasat siapa penghantar nota tersebut. Siapa yang ingin dia pergi dan kenapa dirinya dibenci? Dalam cuba mencari jawapan, ada rasa yang terbit dalam hati.
“Tanya orang sebelah rumah sewa awak, dia nak jual rumah tak?” - Zafril
“Nak buat apa?”- Mya
“Saya nak duduk situ. Nak jaga awak.” - Zafril
Namun, semakin mereka cuba mencari jawapan, semakin mereka menghampiri kenyataan yang menyakitkan.
Ada rahsia yang sudah lama disimpan kemas. Ada apa dengan Lakeside?
- Format:Paperback
- Pages:320 pages
- Publication:2025
- Publisher:Prolog Media
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:6297587205
- ISBN13:9786297587202
- kindle Asin:6297587205









